Sunday, 27 November 2016

School memories.

Hi.

Harini hari terakhir aku sekolah.

Aku tak tau rasa apa. Kadang kadang aku rasa seronok sangat bila habis sekolah. Kadang kadang aku rasa sedih sangat. Tapi sekarang, rasa bahagia je. Mungkin kerana kesakitan SPM sudah pun berakhir.

Nak dengar cerita pengalaman aku di sekolah menengah? Memandangkan aku dah boleh rehat sepuasnya sekarang, jadi aku nak berceritalah tentang pengalaman di sekolah.
Sekolah rendah kita belakangkan. Tak ada apa yang menarik pun haha.

Aku ingat lagi. Masa form 1 dan form 2. Aku tak tau lah bagi yang mengenali aku masa itu anggap aku apa, tapi bagi aku , aku sangat lah gedik. Aku rasa fenomena gedik masa umur tu, normal kot sebab aku tengok adik adik form 1 dan form 2 sekarang pun ngada ngada je. Masa tu fokus nak cari attention. Tapi sebenarnya benda tu normal 😊 hormon remaja baru mai. Okay, masa aku umur f1 & f2, aku masuk kawad. Tak payah cerita lah muka aku bagaimana masa tu. Hitam legam. tapi ada juga boyfriend masa tu. Iyelah, hitam pun masih comel hehe. seronok pengalaman berkawad. Meskipun banyak perkara pahit.tapi itulah yang dipanggil pengalaman. 😄 kalau tak, aku takkan merasa susah dahulu. Aku ingat lagi masa aku pergi kem daerah. Jumpa budak budak kawad from another school. Pastu kawad kaw2 and aku terpilih untuk pergi ke peringkat negeri. Seronok! Pastu masa form 1 aku ada pergi kem unit beruniform, kat Melaka. Seronok semua tu. Banyak pengalaman. Serious. Kalau sekarang jangan harap lah aku nak pergi kem dah kan. Aku ni jaga kulit sekarang. Hehe.

Pastu masa form 3 memang aku slow down. Nak fokus pt3. Form 3 tak ada apa yang special pun. Sebab fokus pt3 kan. Form 4 , seronok! Meet new friends. Yelah, boleh imagine tak, aku yang selama ni mana melekat dengan buku, tiba tiba dapat best friend yang ulat buku, kaki straight As ? Memang aku berubah 360 darjah. Sebab apa? Kawan kita adalah cerminan kita, dan kita adalah cerminan kawan kita. Jadi kalau kawan aku kaki study, aku pun terikut sekali. Lama lama immune lah dengan study.

Tapi masa form 4, acne aku agak teruk. self esteem aku sangat lah merudum! aku mula mencari pelbagai penyelesaian untuk masalah aku. Namun tiada hasilnya sehingga form 5 pertengahan tahun.

Masa form5,aku memang nekad nak belajar betul2, tak nak mainmain, taknak kisah pasal muka lagi ( tapi kisah jugak) , memang 24/7 nak fikir pasal study je. Alhamdulillah aku boleh consistent.

So memang form 5 kehidupan aku dengan buku dan kawan kawan je. Sekali dengan kawan kawan ajk surau. Usrah pun best! setiap khamis
. Dapat ilmu serba sedikit. Dapat kenalan baru. Jujur lah kata kan dalam banyak banyak tahun, form 5 is the best year ever! Masa graduasi, masa raya. Semua memori itu akan terpahat sentiasa dalam hati aku. 💚💛 alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana bagi aku peluang untuk rasa keindahan berada di sekolah.

Nak nangis pula rasa bila kenangkan semuanya. Memang tak terkira. Tak lupa juga, aku adalah pengawas koperasi. Dari form 1 lagi. Banyak aku belajar alhamdulillah. Cara tingktkan self confident bila bercakap dengan orang. Belajar berniaga. So many things i learned and im grateful for it.

Nak list panjang panjang tentang memori indah di sekolah, memang tak terkira. Namun, semuanya tertulis dalam buku memori indah di hatiku ✨

Anyway,i hope i get a good result in Spm. In Shaa Allah.

Assalamualaikum .